DIY:Rawat Sihir


KAEDAH 2

Ada satu kaedah yang boleh digunakan untuk merawat sihir. Apa sahaja jenis sihir, anda boleh lakukannya sendiri.

Kemujarabannya, bergantung keyakinan anda dgn pertolongan Allah azza wajalla dan bukan atas kuasa & kehendak anda.

Sebelum melakukannya, anda perlu memastikan TIADA KESYIRIKAN yg masih ada samaada di dlm rumah, iktikad mahupun pada diri pesakit.

Setelah itu, cuba anda lakukan hal berikut dgn bersungguh-sungguh mengharap kesembuhan dari Allah. Caranya :

1. Sediakan 7 helai daun bidara. Ada ssetengah perawat menggunakan 21 helai.

2. Lenyekkan daun dgn lesung batu atau dikisar tetapi jangan terlalu halus.

3. Sediakan air mutlak dlm jumlah yg besar seperti dlm tong besar atau botol yg agak besar.

4. Campurkan daun bidara yg telah dikisar dgn air tadi.

5. Bacakan ruqyah dgn mendekatkan mulut ke air tersebut dgn bacaan :
- Al-israa' : 117-122
- Yunus :81-82
- Tho-ha:69

6. Niatkan dlm hati memohon perlindungan & kesembuhan dari Allah sahaja. Yakin bhawa bukan ayat atau air itu yg menyembuhkan melainkan ia hanya sebagai alat menuju kesembuhan.

7. Lakukan "tufl"(menghembuskan air dgn kuat bersama sedikit percikan air liur) .

8. Sebahagian air digunakan utk minum & sebahagian yg lain utk mandi.

9. Cara mandi, mandi seperti biasa terlebih dahulu. Kemudian di luar bilik air, ratakan air yg telah diruqyah tadi ke seluruh badan. Biarkan kering &meresap tanpa dilap.

10. Lakukan selama 3/5/7 atau sebulan penuh.

Kaedah ini diajarkan oleh Syeikh Wahid Abdussalam Bali(seorang peruqyah berpengalaman luas dari Mesir) dlm kitabnya "Ruqyah:Jin,Sihir dan terapi" yg menjadi rujukan peruqyah dari pelbagai pelusuk dunia.

Semoga bermanfaat. Jika dgn izin Allah berlaku kesembuhan, ucapkan syukur atas rahmat Allah yg mendatangkan kesembuhan. Wallahu-a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

DIY:Keluarkan Jin

DIY:Jom Halau Cicak!